Jabatan
Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah mengadakan perbincangan tentang isu
dan masalah yang dibangkitkan berkaitan proses memperbaharui kad OKU. Satu surat
penjelasan telah dihantar kepada semua Jabatan Kebajikan Masyakat Negeri dan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan perkara ini.
Berikut adalah penjelasan kepada beberapa perkara yang
sering dikemukakan :-
i. Proses untuk mendapatkan
Kad OKU baru bukanlah proses pendaftaran semula tetapi proses memperbaharui kad
(renewal). Namun Borang Permohonan Pendaftaran OKU masih perlu diisi
dengan butiran asas untuk dimasukkan ke dalam sistem.
ii. Pada awalnya pihak JPOKU
menetapkan 31 Julai 2012 sebagai tarikh akhir bagi memperbaharui Kad OKU sedia
ada. Namun tarikh berkenaan dilanjutkan sehingga pengumuman akan datang kerana
masih ada OKU yang tidak dapat memperbaharui Kad OKU mereka.
Objektif utama JPOKU adalah untuk memastikan semua OKU memperbaharui Kad OKU
mereka untuk menikmati kemudahan yang disediakan.
iii. Pemeriksaan perubatan
(medical examination) semula
hanya kepada yang mengalami perubahan kategori. Misalnya seseorang yang memegang
Kad OKU Penglihatan sekiranya, kini mengalami ketidakupayaan fizikal, maka
pemeriksaan perubatan diperlukan kerana beliau akan dikategori sebagai OKU Tidak
Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities). Bagi kes lain yang telah
berdaftar sebelum ini tidak perlu pemeriksaan perubatan.
iv. OKU Masalah
Pembelajaran, yang pada awalnya
diperlukan pemeriksaan perubatan semula apabila mencapai umur 18 tahun,
dibenarkan memperbaharui kad OKU
tanpa pemeriksaan perubatan
semula kecuali bagi kes-kes khas yang dikenalpasti oleh Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah. Ini untuk memudahkan proses memperbaharui Kad OKU.
Pihak JPOKU berharap penjelasan ini akan membantu
menyelesaikan beberapa isu berkaitan proses memperbaharui Kad OKU. Terima kasih.
Pathmanathan
Nalasamy
Ketua Penolong
Pengarah
Jabatan Pembangunan
Orang Kurang Upaya
Tel : 03 83232483
Email :
pathmanathan@jkm.gov.my
No comments:
Post a Comment