11 November, 2009

Sms Raya

Nota: Posting ini pada asalnya ialah luahan perasaan saya dalam bentuk emel selepas raya puasa (20 September 2009) baru-baru ni ekoran daripada balasan yang saya terima terhadap salah satu sms yang telah saya hantar pada musim raya tahun ini.

Sejak zaman teknologi maklumat dan komunikasi ni, kita dah lebih selesa menghantar emel dan sms daripada kad raya.  Bagi yang oku penglihatan, ini lebih
selesa sebab kita boleh buat sendiri - nak karang sendiri ke, nak forward dari mana-mana ke dan sebagainya.  Masa kad raya dulu, kita kena cari bantuan
mata untuk tolong tulis.  Pas tu nak kena tulis alamat dan lekat stem pulak.  Kad raya pun nak kena pilih.  Salah pilih boleh tersinggung perasaan penerima. 
Apa tidaknya.  Kad untuk kekasih, kita hantar kepada cikgu kita.  Kad untuk sahabat kita hantar kepada ibu bapa kita. 
Menghantar sms pun tak kurang juga rencah dan rencamnya.  Kita nak karang sendiri tak pandai sangat.  Jadi biasanya kita forward je mana yang kita rasa
sedap dan menarik.  Di hari baik dan bulan baik ni, tentulah kita akan hantar yang menarik dan positif kepada mereka yang kita sayangi tanda "ingatan tulus
dan ikhlas suci" seperti kata Rokiah. 
Raya baru ni, saya pun turut menghantar sms kepada orang yang saya ingati yang merangkumi keluarga, sahabat, cikgu, rakan sekerja dan yang sewaktu dengannya. 
Antara sms yang saya hantar ialah yang ini: 
"Biar kulit segelap almond london,
asalkan hati sesuci kuih bangkit,
biar iman sekental dodol,
jangan senipis rempeyek,
biar jiwa selembut baulu,
asalkan akhlak secantik biskut dahlia,
senyumlah semanis wajik,
agar hari raya disambut lebih meriah dan bermakna. 
Selamat hari raya Aidil Fitri
maaf zahir dan batin." 
Kan kreatif tu!  Ramai yang membalas positif dengan ucapan penghargaan dan selamat hari raya serta memohon maaf.  Tapi dalam ramai tu, ada seorang ustazah
ni yang membalas begini pula: 
"Saya tak suka sms seperti ini.  Tiada keikhlasan dalam hati.  Ambil orang punya." 
Itulah yang dibalasnya.  Tak ada kata-kata selamat Hari raya atau maaf pun.  Ego kan? 
Bagi saya, kalau orang dah hantar sms tu, tanda kita memang dalam ingatanb dialah.  Siapa kita nak mempersoalkan keikhlasan seseorang? Yang tu, biarlah
Allah saja yang menentukan.  Nasib baik sms tu saya terima sebelah malam.  Kalau sebelah siang, memang spoil betul mood raya saya tahuyn ni. 

No comments: